Showing posts with label Burung. Show all posts

Burung Daun Kecil

Burung Daun, Cantek kan? Dulu aku ade bela sekor...dapat dari sedara aku...tapi sayang xlama, mati dibaham dek musang..aku sangkut kat belakang umah...tegok esok pagi kepala xde...dah mati, jinak kot tuan asal bela dari kecik..suara pon merdu.

Nak tahu lebih lanjut pasal Burung Daun baca artikel ni...hehe






Burung Daun Kecil
adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Chloropsis cyanopogon.

Friday, November 16, 2012 by Azreen
Categories: | Leave a comment

Burung Cenderawasih

Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.


Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.

by Azreen
Categories: | Leave a comment

Burung Bayan Nuri

Burung Bayan Nuri (bahasa Inggeris: Long-tailed Parakeet) merupakan sejenis burung bayan yang terdapat di Kepulauan Andaman, Kepulauan Nicobar, Sumatera, Borneo dan Semenanjung Malaysia (termasuk Singapura). Nama sainsnya Psittacula longicauda.



Ciri-ciri

Burung Bayan Nuri ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup bertulang belakang (vertebrata). Burung Bayan Nuri ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.


Jantung Burung Bayan Nuri terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

 

by Azreen
Categories: | Leave a comment