Showing posts with label Sukan. Show all posts

Safee Sali Sah Milik Johor


SELEPAS berjaya mendapatkan beberapa nama besar bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Johor terus bernafsu menyambar pemain berstatus bintang dengan terbaru mendapatkan khidmat penyerang sensasi negara, Safee Sali.
Kehadiran pemenang kasut emas Piala AFF edisi lalu itu menambahkan lagi senarai pemain bintang yang berjaya diikat Harimau Selatan sebelum ini, antaranya termasuklah bekas pemain Getafe, Daniel Gonzales Guiza serta Simone Del Nero.

Dalam misi untuk memenangi Piala Malaysia musim depan, Johor sebelum ini turut berjaya mendapatkan beberapa pemain bintang tempatan seperti kapten skuad negara, Safiq Rahim, Muslim Ahmad serta Aidil Zaquan Adha Abd Razak serta seorang lagi penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim ketika mengumumkan perkara itu malam tadi, berkata Safee akan beraksi secara pinjaman selama setahun selepas mendapat pelepasan kelab lamanya, Arema Indonesia.

Wednesday, December 5, 2012 by Azreen
Categories: | 2 comments

SELAMAT TINGGAL AWE ROYA


NURUL AZWAN ROYA Sah Menyertai Pasukan Johor pada musim 2013

  
Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya SAH meninggalkan pasukan Kelantan FA selepas pemain itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama pasukan The Red Warriors bagi musim 2013.


Nurul Azwan Roya akan berhijrah ke pasukan Johor pada musim hadapan.Pasukan Johor yang dahulunya dikenali sebagai pasukan Johor FC sudah pun menyambar beberapa bintang utama seperti Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Azmi Muslim.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Nurul Azwan Roya.Terima Kasih atas jasa beliau ketika bersama Skuad Kelantan pada musim 2011 dan 2012.







Monday, November 19, 2012 by Azreen
Categories: | 3 comments