Showing posts with label Information. Show all posts

Barangan Peninggalan Rasulullah

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung..!!



Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.


Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?

Thursday, November 22, 2012 by Azreen
Categories: | 1 comment

Ayam Serama

Ayam Serama (juga dikenali sebagai Ayam Serama Malaysia) adalah sejenis baka ayam katik yang berasal dari Malaysia semenjak 50 tahun lepas.


Sejarah
Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis baka yang agak baru. Sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadan Thailand di pantai timur).

Baka moden ayam Serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan, yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Tahun 2000 merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan. Walaubagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia.

Tidak terdapat penulisan piwaian bagi baka di Malaysia, maupun sebarang tradisi persatuan ayam. Kebanyakan maklumat difahami oleh penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan dihakimi oleh para hakim.

Sunday, November 18, 2012 by Azreen
Categories: | Leave a comment

7 Keluarga Ikan Hiasan Paling Popular di Malaysia


Ikan Hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan dianggap sebagai penyeri diruang rumah mahukan dijadikan sebagai aset penting seperti zoo dan pelancongan. Jom kita kenali ikan hiasan paling popular di Malaysia.

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar.1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik.Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan

1. Dari keluarga Cyprinidae- Antaranya Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.





Ikan Barb,antara spesies ikan hiasan popular di Malaysia, terutamanya Tiger Bard, warnanya berbelang seperti harimau

Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Sekarang menjadi ikan hiasan popular. Mempunyai 19 spesies diseluruh dunia dan hanya 3 spesies di Malaysia. 



Friday, November 16, 2012 by Azreen
Categories: | 4 comments

Sejarah Kebangkitan Islam Awal Muharram | Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434/2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

MAAL HIJRAH 1434/2012



KISAH BERMULANYA SEJARAH AWAL MUHARRAM / MAAL HIJRAH DAN KALENDAR ISLAM


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Tuesday, November 13, 2012 by Azreen
Categories: | Leave a comment

Khasiat dalam sebiji epal

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.
Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan

Friday, February 19, 2010 by Azreen
Categories: | Leave a comment

Mulut Berbau

Halitosis disebabkan sisa makanan di celah gigi, gusi bermasalah

MASALAH mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.

Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Monday, February 15, 2010 by Azreen
Categories: | 2 comments

Angkara Yahudi...

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.
Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Friday, February 12, 2010 by Azreen
Categories: | Leave a comment

Khasiat telur ayam kampung

Telur Ayam Kampung Asli mempunyai kelebihan protein yang cukup baik untuk penyerapan usus, kandungan kolestrol yang tinggi pada kuning telur dan dapat memberi kesegaran kepada tubuh badan. Setiap 100 gram telur ayam kampung mengandungi 174 kalori, 10.88 gram protein, 4.9 mg zat besi dan 61.5 g retinol (vitamin A).

Tuesday, February 9, 2010 by Azreen
Categories: | 2 comments

Amalkan budaya bersenam...

Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh juga di amalkan ialah berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Berkebun dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh menyihatkan jantung anda. Kelebihan bersenam ialah : · Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot · Mencapai berat badan unggul · Meningkatkan kecergasan fizikal · Meningkatkan kelembutan sendi · Mengawal tekanan darah · Menggalakan berhenti dari merokok · Mengawal keseimbangan makanan · Mencapai paras kolestrol yang normal · Mengurangkan paras tekanan (stres).

by Azreen
Categories: | Leave a comment

Kadar pengambilan air & kesannya!

Kita perlu minum 2 hingga 3 liter air yang berkualiti untuk asas badan kita. Badan manusia mengeluarkan air lebih kurang 1 setengah liter sehari melalui peluh, kencing dan pernafasan. Akan tetapi kita jarang mencapai tahap kemasukan air yang cukup disebabkan oleh keadaan air paip kita. Dan akibatnya kita selalu terhidrat (kekurangan air) tanpa kita sedari.

by Azreen
Categories: | 2 comments

Pentingnya Air Terhadap Kesihatan Manusia...


Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.

Sunday, February 7, 2010 by Azreen
Categories: | Leave a comment