Amalkan budaya bersenam...

Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh juga di amalkan ialah berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Berkebun dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh menyihatkan jantung anda. Kelebihan bersenam ialah : · Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot · Mencapai berat badan unggul · Meningkatkan kecergasan fizikal · Meningkatkan kelembutan sendi · Mengawal tekanan darah · Menggalakan berhenti dari merokok · Mengawal keseimbangan makanan · Mencapai paras kolestrol yang normal · Mengurangkan paras tekanan (stres).




Faedah-faedah melakukan senaman pula ialah :
1. Menguatkan jantung
2. Tidur nyenyak
3. Cergas dan aktif
4. Menguatkan otot dan tulang
5. Ceria dan bahagia

Langkah-langkah semasa bersenam :
1. Memakai pakaian dan kasut yang sesuai serta selesa.
2. Bersenam dalam keadaan cuaca yang tidak panas, berjerebu dan gelap.
3. Bersenam 2 jam selepas makan.
4. Meminum air sebelum, semasa dan selepas bersenam.
5. Bersenam di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Tuesday, February 9, 2010 by Azreen
Categories: | Leave a comment

Leave a Reply