7 Keluarga Ikan Hiasan Paling Popular di Malaysia


Ikan Hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan dianggap sebagai penyeri diruang rumah mahukan dijadikan sebagai aset penting seperti zoo dan pelancongan. Jom kita kenali ikan hiasan paling popular di Malaysia.

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar.1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik.Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan

1. Dari keluarga Cyprinidae- Antaranya Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.





Ikan Barb,antara spesies ikan hiasan popular di Malaysia, terutamanya Tiger Bard, warnanya berbelang seperti harimau

Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Sekarang menjadi ikan hiasan popular. Mempunyai 19 spesies diseluruh dunia dan hanya 3 spesies di Malaysia






2. Dari keluarga Anabantidae. Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan dari keluarga ini ialah Ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.

                                                             Colissa Lailia,spesies ikan sepat hiasan popular .  

Pearl Gouramy, Ikan sepat memerlukan air yang masam ,elakkan menukar air selalu.Namun pastikan tangki atau akuarium anda bersih.



                                                Ikan Kaloi turut menjadi ikan hiasan yang popular di Malaysia



Ikan Pelaga, murah dan popular sebagai ikan hiasan, teringat zaman kanak-kanak dulu bawa bekas sauk dan balang ,cari ikan laga dan belut.



3. Dari keluarga Poecilliidae. Antara yang paling popular dari spesies ini termasuklah Ikan Guppy.Platy Molly dan SwordTail




Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor yang kembang dengan pelbagai warna dan corak, gambar atas ialah molly guppy dan gambar di bwah ialah tuxedo guppy.




SwordTail antara ikan hiasan paling banyak di kedai akuarium negara, harganya murah dan senang untuk dibela.



4. Dari keluarga Cyprinidae seperti Ikan Emas Dan Ikan Koi, antara spesies yang sangat popular di Malaysia dan di seluruh dunia.      
Ikan Emas,masih mendahului senarai ikan hiasan di seluruh dunia, sangat popular kerana warna keemasannya, namun sekarang sudah terdapat ikan emas hitam.




Ikan Koi, merupakan ikan hiasan popular, berasal dari Asia Timur sangat popular sebagai pelengkap seni Taman Jepun.Menimbulkan suasana yang indah dan tenang jika dibela dikolam yang betul cara hiasannya.



5. Dari keluarga Characidae ( Tetra ),antaranya ialah ikan Black Widow( macam labah-labah pulak ye), Black Neon, Serpae Kebanyakan ikan dari keluarga ini berasal dari Amerika,namun dengan pantas membiak di Malaysia.



Black widow, ikan Tetra yang mampu membiak di dalam akuarium dengan mudah.





6. Dari keluarga Cichlidae, antara Ikan popular ialah Ikan Angel,Discus dan Oscar.




Ikan Angel,biasa lihat di kedai ikan, tetapi belum pernah cuba membelanya.Antara ikan yang cantik dibela di akuarium.Antara sifat terbaik ikan ini ialah sangat sayang akan anak-anaknya dan dikenali sebagai ikan 'parental care'.



Discus ikan hiasan yang paling rumit jagaannya,namun jika anda ingin buka kedai ikan hiasan, ikan ini mesti ada,kerana harganya mahal,tetapi tinggi permintaannya.



Oscar,memang laris dipasaran.




7. Dari keluarga Osteoglossidae


Antara yang paling popular dan dikatakan antara ikan hiasan paling mahal di dalam kelasnya, iaitu Arowana atau Ikan Kelisa.namun ikan ini semakin pupus dari sungai di Malaysia.Biasanya berwarna Meraha, Eams dan Hijau. Memerlukan modal yang tinggi untuk membelanya,dek kerana harganya yang sangat mahal bergantung kepada saiz, umur dan warna.Walaupun bermuka ganas,ikan ini semakin berkurangan kerana tangkapan yang beleluasa seperti di Sungai Kerian Perak (dulu saya pernah tulis tentangnya ).


Arowana




















































































Friday, November 16, 2012 by Azreen
Categories: | 6 comments

Comments (6)

  1. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

  2. Info yang menarik... :)

  3. Assalamualaikum bro, macam biasa jumpa posting tentang ikan nie ye...Tak pe lah

  4. Sepatutnya bro berilah kredit,bukan ape kita sesama blogger biar jujur,.

    7 keluarga Ikan Hiasan Paling Popular di Malaysia

  5. Hye..nk tnya...biasanya berapa harga ikan oscar kt pet shop??...

  6. Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Kami servis untuk membina laman web e-commerce dan juga web informasi.
    Sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan laman web bolehlah melayari http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk menghubungi kami.

Leave a Reply