Tragedi Oktober

Salam pada kawan2 / warga kampungku, pada 31 Oktober 2012 aku ade dapat panggilan daripada Abah aku yang berada kt kg Paloh, Gua Musang...benda pertama yang dia bgtau aku ade sebuah kereta BMW jatuh dalam kebun sayur dia...nak thu ape yg terjadi...Cer baca artikel dibawah ni.

 
PARAH...Mohd Samsul Anuar dibawa ke HKK sebelum dirujuk ke HRPZ II

 
KOTA BHARU: “Saya berasa tidak sedap hati sejak malam sebelum kejadian itu,” kata Rahimah Deraman, 49, ibu kepada Lans Koperal Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, yang cedera ditembak penjenayah berhampiran Balai Polis Paloh, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan telefon mengenai kejadian menimpa anaknya, tubuhnya lemah dan tidak mampu melangkah.
Rahimah berkata, dia diberitahu kejadian itu selepas menerima panggilan daripada isteri mangsa, Maisarah Kassim, 27, jam 4 pagi.

Menurutnya, selepas tiba Hospital Kuala Krai (HKK) dia mendapati anaknya masih tidak sedarkan diri dan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

“Saya amat berharap supaya dia dapat sembuh seperti sedia kala selepas ini,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31

Thursday, November 15, 2012 by Azreen
Categories: | Leave a comment

Leave a Reply